hai

hai

Thursday 3 October 2013

Seronok mengajar

Pastinya seorang guru akan merasa seronok apabila anak-anak didiknya berada dalam keadaan terkawal dan bersedia memulakan pelajaran.

Yakin 100% semua pelajar suka dipuji, Mereka pun selalu memuji gurunya berpakaian cantik dan bermuka manis.Tersenyum dalam hati. Alhamdulillah. 

Hari ini, pelajar tingkatan 2 Ibnu Khaldun diadakan ujian saringan ayat hafazan supaya menggalakkan mereka mendapat band tertinggi. Saya memberikan pujian kepada pelajar yang boleh menghafaz dengan baik,sekaligus galakkan kepada semua mempunyai potensi menjadi penghafaz yang baik.

Hasilnya, kesemua pelajar yang hadir pada hari ini dapat menghafaz dengan baik kecuali seorang , Mohd Syukri. Sebenarnya pelajar ini tidak bermasalah dalam pembelajaran nya. Syukri suka bermain-main dan mengusik rakan. Sekiranya Syukri memberikan tumpuan pada pembacaan dan hafazan, saya yakin dia dapat menghabiskan ayat hafazan dengan baik. 

Di akhir PdP , saya minta dia jumpa saya esok untuk menyemak bacaan hafazan nya. Nampaknya , Syukri mula sedar dia ketinggalan dari rakan-rakan nya tadi. 

Dalam hati tersentuh rasa sebak dengan sikap pelajar yang berubah positif. Mereka yakin boleh menghafaz dengan baik. Pujilah dengan usaha yang mereka lakukan. 

Alhamdulillah.  


Wednesday 2 October 2013

Ajaibnya Air Zamzam


Keistimewaan dan keberkatan itu disebutkan pada hadits Nabi, 
Dari Ibnu Abbas r. A., Rasulullah SAW bersabda, 
“Sebaik-baik air di muka bumi ialah air Zamzam"
 Air Zamzam merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit.

Istimewa nya air zamzam kerana :
  • 1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
  • 2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
  • 3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
  • 4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.


Disebabkan itu para pendaki everest telah membuktikan bahawa air zamzam dibawa ke puncak everest tidak beku dan boleh diminum pada ketinggian itu. Untuk memanaskan air mineral biasa pada suhu di puncak itu mengambil masa yang lama. Itulah keajaiban Air zamzam mata air syurga. 

Pesan UstazahDiah : Nikmatilah keajaiban air zamzam ini. Rugi tak minum tau... Subhanallah.






Mandi Wajib

Apakah mandi wajib? 
Adakah wajib mandi?
Mandi wajib...siapa yang terlibat ye...
Meh,,, UstazahDiah terangkan mengenai ape yang dikatakan mandi wajib.

Step mandi wajib yang perlu diketahui:
  • Firstly, bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi . Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Last, basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

Orang yang terlibat mandi wajib ni:


  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.
  • Bersetubuh



  • Wallahu 'alam