hai

hai

Thursday 3 October 2013

Seronok mengajar

Pastinya seorang guru akan merasa seronok apabila anak-anak didiknya berada dalam keadaan terkawal dan bersedia memulakan pelajaran.

Yakin 100% semua pelajar suka dipuji, Mereka pun selalu memuji gurunya berpakaian cantik dan bermuka manis.Tersenyum dalam hati. Alhamdulillah. 

Hari ini, pelajar tingkatan 2 Ibnu Khaldun diadakan ujian saringan ayat hafazan supaya menggalakkan mereka mendapat band tertinggi. Saya memberikan pujian kepada pelajar yang boleh menghafaz dengan baik,sekaligus galakkan kepada semua mempunyai potensi menjadi penghafaz yang baik.

Hasilnya, kesemua pelajar yang hadir pada hari ini dapat menghafaz dengan baik kecuali seorang , Mohd Syukri. Sebenarnya pelajar ini tidak bermasalah dalam pembelajaran nya. Syukri suka bermain-main dan mengusik rakan. Sekiranya Syukri memberikan tumpuan pada pembacaan dan hafazan, saya yakin dia dapat menghabiskan ayat hafazan dengan baik. 

Di akhir PdP , saya minta dia jumpa saya esok untuk menyemak bacaan hafazan nya. Nampaknya , Syukri mula sedar dia ketinggalan dari rakan-rakan nya tadi. 

Dalam hati tersentuh rasa sebak dengan sikap pelajar yang berubah positif. Mereka yakin boleh menghafaz dengan baik. Pujilah dengan usaha yang mereka lakukan. 

Alhamdulillah.  


No comments :

Post a Comment